Wednesday, August 05, 2009

aku perlu mencarimu kembali

aku ingin mencarimu kembali,
sang kekasih yg pernah aku rangkul dulu,
sang kekasih yg aku amat cintai,
sang kekasih yg selalu aku rasakan kasih nya,
sang kekasih yg slalu aku gerun akan siksanya,

aku perlu mencarimu kembali,
yg kurasakan dalam setiap ciptaannya,
yg kurasakan dalam setiap langkahku,
yg kurasakan dalam dongakan ku kelangit,
yg kurasakan dalam setiap sujud lemahku,

aku perlukan cintamu kembali,
untuk aku berdiri lurus,
untuk aku menjadi lelaki,
untuk aku menjadi suami,
untuk aku menjadi dia,
yang aku idamkan slalu,

aku perlu tunduk padamu,
agar hatiku selalu kyusyuk,
agar langkahku selalu tenang,
agar kata2 ku selalu berat,
agar tindakanku selalu hikmah,
dan agar kasih dan marahku selalu dalam reda.

aku perlukan lunak kalamMu,
agar lidah ku bersih,
agar kataku bernas,
agar tundukku benar,
agar hatiku takut,
agar harapku jauh.

aku rindukan aura rasulmu,
agar panduanku tidak celaru,
agar amal ku selalu sederhana,
agar cintaku pada manusia tidak melulu,
dan agar akhlakku selalu tepat.

ya allah, aku rendahkan diriku padaMu,
berilah aku ketenangan,kedekatan dan kekuatan untuk terus mengabdi dan mencintaiMu.

-Muhammad Abu Musa
5.40
5/8/09

Saturday, April 04, 2009

blog under construction...

salam kawan2

walaupun aku tau hanya 0.00000000000000000000001% pengguna internet kat bumi ni yg tau kewujudan blog ni. tp dengan keikhlasan yang ada insyallah aku nak jgk tukar templat blog aku ni bagi menarik sikit.

korang nak tau pasal tetiba je aku buat camni? sebab org rumah aku nak tukar template blog dia, try byk2 kali takleh, so dia cakap la dapat suami org IT pun tak boleh tolong.hmmm so aku rasa bersalah + rasa tercabar + rasa kesian...so aku pun nak try la ni insyallah hack code sikit nak bagi cun sikit blog kitorang.

ok doakan kami tetap ikhlas,
abu musa@klebang besar,melaka

Monday, March 30, 2009

salam sume - i am back

Assalamualaikum Semua,

Huh, dah lama betul aku tak tulis dalam blog..arhggg...napa jadi sampai camni? hati aku dah lama tak menjadi berseni macam dulu time aku aktif tulis blog. tadi masa usha2 blog member org umah aku, tgk link ke blog aku atas skali. bila aku klik je alangkah


nasib korang tak baik lagi..memberaku datang umah. aku nak kuar jap. ini lah nasib blogger macam aku. masa nak post je mesti ada gangguan.

wslam,

-saufy@abumusa
shah alam

Sunday, October 12, 2008

surat utk anwar

sebenarnya aku ada karang sikit surat utk anwar ibarahim

hmm aku tgh consider nak bagi korang baca ke idak.

aku tulis ayat selamba je, tp aku rasa kurang gentleman kalau aku bagi korang baca. sbb aku nak bagi kat dia, bukan kat korang. lagi pun aku tak nak publisiti murahan. bukan macam media hari ni yg suka bukak cite personal kat public. ok dude wsalam,

aBU mUSA

13/10/08

hmmmm adakah esok aku akan jadi bapak? - rupanya bukan esok, tp lusa!!!

hmmmm adakah esok aku akan jadi bapak?


huh...aku dah nak jadi bapak? abi? abuya? papa? abah? daddy? dsb? huh....macam tak percaya...

nak tulis blog pasal nak jadi bapak pun takut inikan pulak nak betul2 jadi bapak..tolong ya allah...takut!!! kalau korang tau perangai aku yg giler2 ni, (alhamdulillah masih huha huha dalam reda Allah), kekadang macam budak2 ni, mungkin korang tak percaya yg aku akan jadi bapak. aku sendiri tengok diri aku pun tak percaya inikan pulak korang! imagine aku dulu seorang budak kecik yg slalu kena pukul dgn bapak aku yg super garang sebab kenakalan aku yg luar biasa ni, aku macam tak percaya yg aku akan pegang watak macam bapak aku dulu. dan skrg ni aku tak tau camana perangai anak aku nanti. aku dgn wife la yg menentukan camana perangai anak aku nanti.

waduh, takutnya kalau kata-kata mak aku jadi betul. masa aku buat jahat dgn mak bapak aku dulu mak aku slalu cakap sambil menangis."skrg along buat mama macam ni, nanti anak along akan buat benda along macam ni jgk" ya allah, menggeletar badan aku mengingati statement mak aku ni. ya allah dan wahai ibuku, ampunilah dosaku yang banyak ini!!!

aku dan mula seram sejuk n rasamacam nak nangis. mungkin esok wife aku aka bersalin, sbb tadi dah bukak 4cm and dr cakap mungkin esok akan keluar budaknya. masa aku tulis ni wife aku tgh sakit2, sakit sikit je la, tadi masa sakit byk aku dah tlg urut sikit. sbb tu la aku post satu post blog ni utk korang sume. ya allah aku byk berlaku zalim pada diriku sendiri ya allah...ya allah ya allah, ampuni hambamu yg hina dina ini ya allah...

esok aku tak tau camana perasaan aku, aku harap aku tetap ikhlas dan reda dgn apa yg berlaku dan terus panjantkan pengharapan yg tinggi kepada Allah Ar-rahman. hanya dia tempat kita mengadu dan berharap. ya allah aku berlindung dari engkau dgn segala dosa2 ku yg terang dan tersembunyi, dan kepada kawan-kawan yg baca blog ni yg aku ada dosa dgn dia, tlong la maafkan dosa2 aku. dan dosa2 wife aku kat korang sume. tolongg.....


hmmmm jam dah menunjukkan jam 1.12pagi. wife aku alhamdulillah blh buat air panas lagi sebelum kami masuk tido. wife aku ni dr cakap pun kuat semacam je. baby dah nak kuar pun selamba je macam tak rasa sakit pun ada. wallahuaklam, mungkin dia tenang sbb dia byk study pasal dunia ke'mengandung'an dalam internet. byk jgk hikmah aku belikan celcom broadband utk dia guna kat umah ni. alhamdulillah skali lagi. esok aku tak tau apa yg akan berlaku hanya AAllah je yang maha tahu.

salam kawan-kawan, mata aku dah mula kuyu tp nak minum ovaltin wife aku jap pastu nak tido. esok nak bgn tahajjud n sahur lagi. mohon doa dari korang sume!!

wsalam,

Abdullah Devoter
Shah Alam
17/9/08


p/s: comment after 25 days. alhamdulillah rupanya bukan esok tetapi on friday tu jumaat alhamdulillah wife selamat melahirkan. baby laki, diberi nama Musa.

post lama - seruan

ya rasul allah, sebenarnya seruan kita sama.

salam semua, tadi sebelum pegi pasar ramadhan degan zaujah bukak kejap quran terjemah yg old school zaman dulu dulu masa mula2 tarbiyyah. ya allah, byk nyer nostalgia aku dengan quran ini. dulu masa mula2 tarbiyyah ini lah quran yg dibawak kehulu kehilir kemana2, ke daurah ke liqa ke mabid.masyallah byk nyer kenangan dengan quran lusuh ni. ya allah teruskan lah aku terus bersama quran mu ya allah.lepas tu bukak secara random surah yusuf ayat-ayat yg terakhir. terbaca ayat yang Allah mengatakan tiada upah didalam seruanku kepadamu (kepada ummat2 nabi) yang diharapkan oleh para nabi. para nabi cuma mengharapkan keredaan Allah. astagfirullah. ia membuatku berfikir kejap. ya allah, alangkah mulianya perjuangan mereka. alangkah sucinya jalan hidup mereka dan alangkah bersihnya hidup mereka dari cita-cita dunia. refleks kepada aku, ya allah, bykknya cita-cita dunia yang menghantui, byk nya impian2 material yg menggoda. ya rasul allah, sebenarnya seruan kita adalah sama. Aku telah berjanji utk meneruskan seruanmu itu kepada ummat akhir zaman.

ya ilahi, hanya kepadaMu tempat aku mengadu...

7.00pm 13/9/08

post lama - rethining about something end with gami...

rethinking about something end with gami.

gami? origami ke? tak...poli teknik + origami = polimer...hehe...

tau takper.

sebenarnya aku pun berdebar2 nak tulis tajuk ni walaupun dah terdetik nak tulis pasal ni dalam blog dah lebih sebulan yg lalu. semenjak kawan wife aku dilamar sebagai isteri kedua. wallahuaklam. (masih berdebar2 utk menulis, sbb kalau salah tulis besar resiko nya beb), hehe...

wallahuaklam, apa pendapat korang pasal poligami? hmmmm optsss terkeluar pulak magic wordtu :D jgn marah yek akhwat2 yg baca post ni.(terutamanya sorang akhwat yg duduk serumah dgn saya,yang kawin dgn saya 3 tahun yg lalu. hehe). tak tau laa..aku semenjak dari dulu mmg memandang slack pada poligami ni. biasala keluarga melayu yg dibesarkan dalam suasana family melayu (plus jawa sikit2 hehe), kita mmg dimomokkan dengan keburukan poligami, masalah perempuan yg menjadi isteri kedua, 'kejahatan' dan 'kegatalan' lelaki yg mengamalkan poligami...hmmm wallahuaklam itu yg kita dimomokkakan la selama ini. hmmm masa beredar dan beredar...tup tup saya dah besar dan Alhamdulillah dah kawin dah pun...dan...akhirnya semenjak dua menjak ni macam ada second thought mengenai benda ni.

note: bersetujunya saya dengan poligami sesekali tidak bermaksud saya ingin poligami dalam masa terdekat ini. harap maklum. presentation disini cuma presentasi ilmiah yg sempat saya buat. kalau tanya saya nak poligami ke idak, itu kena discuss dalam forum lain. sbb ini adalah general rules, tp utk implement, personal issue tu masing-masing lain yek...afwan..just nak buat disclaimer sikit hehe...


ok ,kita sambung.

ok kita sambung...hmmmm tulis sambung2 di masa lain ni ni la masalahnyer, nak dapat kan balik mood and feeling tulis tajuk yg sama tu ssh. ok, macam ni la nak senang cite. skrg ni aku rasa benda ni lebih open dan tak der masalah sgt. benda ni tak merendahkan nilai wanita malahan ia akan memuliakan wanita. korang bayangkan la kalau laki susah kerja siang malam naik moto meredah jem kat kl ni semata2 nak cari rezeki utk sara anak isteri, tak macho ke pmpuan tu? dan tak kebanyakannya org fikir stail matematik (aku tau la korang sume terror maths kan) tp dgn suami ni aku rasa buka share macam maths.

ok ok....sebenanrya ayat ni aku tulis after subulan aku tulis kat atas. aku dah takder mood nak cite pasap benda ni dah. ok sorry dude. korang baca je la apa yg ada ni.

wsalam

bapa amatur

post-post lama

sebenarnya post ni dah lama aku tulis dalan laptop aku kat umah, tp takder masa aku nak upload. so hari ni Alhamdulillah ada masa sikit aku nak share la sikit dgn korang sume. sume post ni before aku dapat baby and before raya. ok dude. post raya and after raya aku tak masuk lagi!!!

Abu Musa

Saturday, September 20, 2008

karunia dari ilahi...

Assalamualaikum Kawan-kawan semua,

sebenarnya tak tau nak start cite dari mana...dan sebenarnay aku ada a few post yg blm diupdate dalam blog ni yg menceritakan suka duka sebelum aku dapat baby ni.tup tup baby keluar semalam

alhamdulillah syukur kepadaMu ilahi atas kelahirannya. perasaan aku bercampur2 sebenarnnya tp disamping kegembiraan aku dan keluarga2 ku (sebenarnnya keluar aku yg supe seronok dgn kelahiran dia).

namadia MUSA. walaupun sedikit kontroversi di pihak kedua2 belah keluarga kerana nama yg dikatakan kurang nilai komersial, wallahuaklam aku dan isteri ada pendapat yg lain.

MUSA adalah nabi yg ALLAH paling banyak kisahkan didalam Al-Quran. Dan dia adalah nabi ulul azmi yg hebat. disamping rasulullah saw, musa a.s telah berjuang mempertahankan aqidah dan keimanan dari raja firaun yg zalim. MUSa juga memiliki seorang ibu yg hebat, yg kerana keimanannya kepada ALLAH SWT dan keyakinannya kepada janji Allah sanggup dia menghanyutkan MUSA berseorangan didalam sungai Nil. semata2 kerana percaya kepada janji ilahi. dan akhirnya ALlah menjadikan MUSA seorang nabi yang soleh dan mulia.

wahai anakku MUSA, abi dan ummi bukan manusia istimewa, bukan manusia maksum, bukan pula wali atau manusia yg memiliki karomah. kami hanya manusia yg ingin memiliki dan mendapatkan reda dan rahmat dari Allah. dan hadirmu MUSA semoga menjadikan abi and ummi lebih cinta kepada ALLAH, lebih kuat didalam jihad dan amal dakwah dijalan ALLAH dan lebih ikhlas didalam mencintai ALLAH, dan lebih berani didalam menegakkan kalimah ALLAH dihadapan raja-raja yg zalim.

Wahai ALlah, inilah harapan tingi kami yg kami mengharapkan engkau mendengarnya. ya allah..hanya pada engkau lah kami berserah dan kami meminta pertolongan...

sekian,

Abu Musa
Subang 7pm sebelum buka

Wednesday, September 17, 2008

berilah dan ambil lah maaf sayang ku

memberi maaf itu indah,

melembutkan jiwa serta menenangkan hati,

membebaskan diri dari belenggu bersalah,

dan itu lah org yang Allah cintai dan beroleh kasihNya,

berilah maaf....ia akak membuka pintu rahmat dan limpahan barokah,

ia akan membuka hati seluas-luasnya kepada kehidupan,

ia akan memperluas kasih sayang murni sesama insan,

wahai kekasih hatiku,

aku manusia yg diberi amanah utk mengasihi mu,

bukan satu kemuliaan utk ku,

aku hanya manusia biasa yg berjuang sepertimu,

aku hanya hamba ilahi yg lemah sepertimu,

namun aku cintakan mu kerana Allah, kerana tuhanku,

sayangku,

kelembutan hati itu hadiah yg besar dari Allah,

anugerah yg tak terhingga utk hambanya,


buah hatiku,

tenangkan lah dirimu menghadapi saat-saat ini,

kembalilah kepada Rabbmu yang engkau cintai.

semoga engkau selamat melahirkan putera puteri kita, Insyallah

Ameen.

9.54,KL

Abdullah Devoter

Thursday, September 11, 2008

Selamat Berjuang Isteriku

selamat berjuang isteriku,
semoga Allah bersamamu...


-abg

kuberbicara kembali...

Assalamualaikum kawan-kawan sekelian,

sudah lama sgt rasanya tidak aktif kembali memblog kan diri ku ni. Alhamdulillah, masih lagi waras dan tidak menjadi goblok didalam kehidupan ini. Hari demi hari alhamdulillah Allah berikan dan bukakan hikmah baru. Alhamdulillah dan alhamdulilah. walaupun kehidupan ini tidak selalu nya diatas dan tidak selalunya juga dibawah, namun diatas segalanya syukur tertinggi tetap aku panjatkan kepadaMu Ya Allah...

Kawan-kawan sekelian,

sejak saya berhenti aktif menulis sejak ramadhan yang lalu, kini kita masuk ke ramadhan ya baru. Ya Allah, ruginya hambamu ini, ramadhan demi ramadhan datang. namun aku masih ditakuk ini. Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni? taqwa nya masih seperti ini, dakwah nya masih seperti ini, keluarganya masih seperti ini, jihad nya masih seperti ini, ilmu nya pun tidak byk bertambah, tahajjud nya pun lompang, slalu malas bangun tahajjud, solat subuh berjemaah pun semakin berat, ya Allah, aku tidak mahu digantikan dengan org yang lain...ya Allah, ramadhan ini harus ku ubah.

kawan-kawan,

dengan kehidupan yang berat ini, aku menyeru diriku dan dirimu agar terus kuat. kuat dengan memegang aqidah ini. ia, dgn aqidah dan cuma dengan aqidah. dan ramadhan ini adalah masanya utk semua itu. Ya Allah berikan kami Ramadhan Mu Ya Allah...!!!

Abdullah Devoter
11/9/08
10.02pm - baituna